Isnin, 10 Ogos 2015

Asslammualaikum dan salam sejahtera.......Yeaaayy, kita dah sampai episod yang ketiga nie...... Alhamdulillah Tuhan pertemukan kita lagi walaupun hanya sekadar di dalam internet....huhuhuhu.... Kali nie setelah kita perah otak kita dengan fomula Matematik Tambahan alangkah baiknya kita berehat dengan puisi Matematik Tambahan. Jangan terkejut pulak kalau subjek nie puisi...Jom kita hayatinya...

Cinta Pengamal Matematik Tambahan


apa lagi mahumu?

habis asaku merungkai pengamiran,
nilai f(x) yang kita cari masih tidak ditemukan.

penat aku membelek taburan binomial,
mencari kebarangkalian yang engkau dustakan.

masih engkau pertahan,
cintamu yang bagaikan rumus garis lurus,
y = mx + c; m bernilai 8,
tapi di dalam sedarmu,
pintasan-y mu itu berakhir di nilai -8,
nilai yang sungguh aku curigakan.

masih engkau katakan,
kasihku terumbang-ambing,
bagaikan kuadratik yang menghampiri 0,
namun di luar sedarmu,
kasihku berganda dua,
di kala susut, aku berusaha menaikkannya.

sedarlah sayang,
jangan jadikan Phytagoras sebagai saksi,
jangan pinta teorinya sebagai bukti,
kerana hipotanus yang kita cari,
sudah hilang tiada berganti.

aku sudah lelah
dengan segala percaturan matriksmu,
Janjang aritmetik yang kita impikan,
entah mana aku campakkan.













 

Jumaat, 7 Ogos 2015

 OWHH, MATEMATIK TAMBAHAN !!! AKU TELAH JATUH CINTA..................

Assalammualiakum dan salam sejahtera ........ Alhamdulillah kita dapat berjumpa di episod yang kedua.... Episod lepas, kita baru berkenal-kenalan dengan subjek Matematik Tambahan. Harap semua dah jatuh cinta dengan subjek yang tak tertinggalan zaman dan tak akan pernah ditelan zaman ni. Ingat tuu.... hahahaha........ Pada kali ini, saya akan mengulaskan bahawa Matematik Tambahan banyak membawa kepentingan semasa peringkat sekolah dan di alam pekerjaan. Kebanyakan para pelajar tidak didedahkan apa kepentingan mempelajari subjek Matematik Tambahan di sekolah, maka mereka sentiasa beranggapan Matematik Tambahan tidak penting untuk dipelajari malah subjek tersebut dianggap sukar untuk dipelajari. Bagi pelajar yang mengambil subjek Matematik Tambahan mereka akan mempunyai peluang untuk menceburi dalam bidang sains, kejuruteraan, perakaunan dan teknologi, Sebagai contoh pelajar yang ingin menjadi seorang akautan, pelajar tersebut perlu ada Matematik Tambahan untuk mereka menyambung pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang perakaunan.

Saya ingin tekankan di sini bahawa bukan setakat peringkat sekolah sahaja kita berjumpa dengan subjek ini namun kita juga akan berjumpa kembali di peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita janganlah memandang enteng dengan Matematik Tambahan kerana subjek ini adalah subjek yang melayak seseorang itu untuk melanjutkan pelajarandi peringkat yang lebih tinggi. Setelah saya membuat kajian, saya dapat mengatahui bahawa subjek Matematik Tambahan di peringkat sekolah menengah setaraf dengan subjek Matematik di peringkat universiti. Sebagai contoh...........


MATEMATIK TAMBAHAN DI PERINGKAT SPM

 
1 3472/1
3472/2
Rumus Matematik Tambahan
ALGEBRA
1
2
4
2
b b ac
x
a
  

2 am
 an
= a m + n
3 am
 an
= a m - n
4 (am
...
 3472/1
3472/1
STATISTICS
1 Arc length, s = r
2 Area of sector, A = 21
2
r 
3 sin 2
A + cos 2
A = 1
4 sec2
A = 1 + tan2
A...

MATEMATIK DI PERINGKAT UNIVERSITI

Median Formula In Maths One school

Rabu, 5 Ogos 2015

Asslammualaikum dan salam sejahtera saya ucapakan kepada semua yang singgah sejenak di blog saya. Perhentian anda membawa manfaat.......

Sebelum kita mengulas tentang formula yang kerap digunakan dalam subjek Matematik Tambahan, alangkah baiknya kita berkenalan subjek tersebut. Pepatah Melayu ada mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, kita harus berkenal-kenalan dengan subjek tersebut supaya dapat melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap nya.......


Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.

Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM [1] [2], sementara Dinasti Han di China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian Mesir, Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme meyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik.

Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.

Buku Ikhtisar mengenai Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan