OWHH, MATEMATIK TAMBAHAN !!! AKU TELAH JATUH CINTA..................
Assalammualiakum dan salam sejahtera ........ Alhamdulillah kita dapat berjumpa di episod yang kedua.... Episod lepas, kita baru berkenal-kenalan dengan subjek Matematik Tambahan. Harap semua dah jatuh cinta dengan subjek yang tak tertinggalan zaman dan tak akan pernah ditelan zaman ni. Ingat tuu.... hahahaha........ Pada kali ini, saya akan mengulaskan bahawa Matematik Tambahan banyak membawa kepentingan semasa peringkat sekolah dan di alam pekerjaan. Kebanyakan para pelajar tidak didedahkan apa kepentingan mempelajari
subjek Matematik Tambahan di sekolah, maka mereka sentiasa beranggapan
Matematik Tambahan tidak penting untuk dipelajari malah subjek tersebut
dianggap sukar untuk dipelajari. Bagi pelajar yang mengambil subjek
Matematik Tambahan mereka akan mempunyai peluang untuk menceburi dalam
bidang sains, kejuruteraan, perakaunan dan teknologi, Sebagai contoh
pelajar yang ingin menjadi seorang akautan, pelajar tersebut perlu ada
Matematik Tambahan untuk mereka menyambung pelajaran di peringkat tinggi
dalam bidang perakaunan.
Saya ingin tekankan di sini bahawa bukan setakat peringkat sekolah sahaja kita berjumpa dengan subjek ini namun kita juga akan berjumpa kembali di peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita janganlah memandang enteng dengan Matematik Tambahan kerana subjek ini adalah subjek yang melayak seseorang itu untuk melanjutkan pelajarandi peringkat yang lebih tinggi. Setelah saya membuat kajian, saya dapat mengatahui bahawa subjek Matematik Tambahan di peringkat sekolah menengah setaraf dengan subjek Matematik di peringkat universiti. Sebagai contoh...........
MATEMATIK TAMBAHAN DI PERINGKAT SPM
MATEMATIK TAMBAHAN DI PERINGKAT SPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan